Klinik TTDI

Apa Itu ECG? Fahami Kegunaan Mesin Pengesan Ritma Dalam Pengurusan Penyakit Jantung

Facebook
Twitter

Anda mungkin tidak tahu apa itu ECG jantung? ECG adalah singkatan bagi istilah electrocardiogram (atau elektrokardiogram).

Ia merupakan satu prosedur bukan invasif (tidak berbahaya atau menyakitkan) untuk mengukur aktiviti elektrik jantung.

Kebiasaannya mereka yang mengalami masalah jantung seperti sakit dada atau degupan jantung tidak normal akan dipantau menggunakan alat ini.

Ia berikutan masalah kesihatan tersebut boleh menyebabkan perubahan pada aktiviti elektrik jantung sehingga ia boleh dipaparkan sebagai perubahan corak ECG normal.

Melalui penggunaan mesin ini, masalah jantung boleh dikesan pada peringkat awal dan rawatan boleh dipreskripsikan mengikut keperluan.

Apa yang berlaku ketika maklumat ECG diambil?

Jika anda tahu apa itu ECG, anda akan faham bahawa ujian ini pantas, tidak menyakitkan atau meningkatkan risiko apa-apa penyakit.

Prosedurnya agak mudah.

Jika anda diuji dengan alatan ini secara elektif (atas pilihan), setelah anda menukar pakaian hospital, juruteknik perubatan atau doktor akan menampal 12 hingga 15 elektrod pada kawasan dada, lengan dan kaki anda.

Bagi mereka yang mempunyai bulu dada, sebahagian daripadanya akan dicukur untuk memudahkan elektrod melekat pada kulit.

Setiap elektrod mempunyai saiz sebesar duit syiling (besar sedikit daripada duit 50 sen) dan ia dihubungkan dengan wayar yang bersambung pada mesin EKG.

Anda akan diarahkan untuk baring di atas katil sementara degupan jantung tidak normal atau normal direkodkan oleh mesin ECG.

Maklumat tersebut akan dicetak pada kertas khas ECG. Tahap ketepatan graf bergantung kepada beberapa faktor.

Anda dinasihatkan untuk bernafas secara normal dan tidak bergerak atau bercakap.

Setelah ujian tamat, kesemua elektrod akan dicabut. Lazimnya, ia tidak mengambil begitu banyak masa (hanya sekitar 10 minit).

Anda Mungkin Juga Meminati Artikel Ini

nebulizer

Penggunaan Nebulizer

Nebulizer ialah mesin yang dapat menukarkan ubat dalam bentuk cecair kepada kabus halus yang di sedut masuk ke dalam saluran

ketuat

Apakah itu ketuat?

Ketuat adalah pertumbuhan kecil pada kulit disebabkan oleh virus jenis human papilomavirus. Virus-virus ini merebak ke seluruh anggota badan dan