Klinik TTDI

senarai perkhidmatan

berikut adalah perkhidmatan yang kami tawarkan di rangkaian klinik TTDI

rawatan pesakit luar

Rawatan perubatan pesakit luar merupakan perkhidmatan utama yang ditawarkan di Klinik TTDI dengan Pegawai Perubatan sebagai tunjang utama dan dibantu oleh kakitangan kumpulan pelaksana dari pelbagai unit dan jawatan.

rawatan kemalangan & kecemasan

Kami menerima pesakit di semua cawangan klinik kami yang hadir untuk menerima rawatan disebabkan kemalangan yang kecil dan minor surgery. Tetapi jika ianya melibatkan rawatan lanjut, kami cadangkan dirujuk ke hospital berhampiran.

ujian darah & air kencing

Menerima pesakit yang datang untuk pemeriksaan darah dan air kencing. Pesakit dapat mengetahu kandungan gula dalam darah. Untuk pemeriksaan air kencing pula, ianya sesuai dilakukan untuk pesakit diabetes dan berkaitan.

UJIAN PAP SMEAR DAN UJIAN MENGANDUNG

Memeriksa sama ada terdapat keabnormalan pada serviks wanita, bahagian bawah rahim yang terbuka ke vagina. Ujian mengandung pula untuk mengetahui tahan kesuburan wanita.

PEMERIKSAAN PENUH KESIHATAN

Pemeriksaan penuh kesihatan adalah ujian perubatan yang dijalankan oleh doktor atau pakar perubatan untuk memeriksa keadaan kesihatan individu. Terdapat beberapa ujian yang anda boleh pilih dan minta pandangan doktor ujian yang paling sesuai untuk anda.

ULTRASOUND

Ultrasound merupakan teknik pengimejan bukan invasif yang digunakan untuk membantu doktor dalam mengenalpasti serta merawat penyakit tertentu. Pengimejan ultrasound boleh melihat struktur dan pergerakan organ dalaman badan.

PEMERIKSAAN JANTUNG DAN MATA (ECG & VISION TEST)

Ujian ECG ini membantu menentukan simptom-simptom bagi penyakit jantung, dan risiko yang mungkin menyebabkan jantung membesar. Ianya merupakan ujian yang berfungsi untuk melakukan diagnosis terhadap kerja jantung dalam tubuh badan kita. Ujian mata pula adalah pemeriksaan ke atas tahap kondisi kesihatan mata anda.

RAWATAN PEMEDAHAN KECIL (MINOR SURGERY)

Kami juga melakukan rawatan untuk pembedahan kecil yang tidak melibatkan kecederaan yang serius. Ianya termaksud pembuangan ketuat, pembedahan kecil pembuangan lebihan kulit dan pelbagai minor surgery berkaitan yang lain.